Pelantar Pendaratan Helikopter
Pelantar Pendaratan Helikopter

Pelantar Pendaratan Helikopter

Pelantar Pendaratan, Helikopter atau Landing Platform, Helicopter (LPH) adalah satu simbol pengelasan badan kapal yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat bagi kapal serangan amfibia dari kelas kelas Iwo Jima dan tiga buah kapal kapal pengangkut pesawat Kelas Essex yang diubahsuai. Tiada sebuahpun kapal di dalam kelas ini yang berada dalam perkhidmatan aktif buat masa sekarang. Kebanyakan kapal-kapal pelbagai peranan sekarang dikelaskan sebagai Dok Pendaratan Helikopter atau Pendaratan Serangan Helikopter. Perancis kini menggunakan kapal serangan amfibia kelas-Mistral, yang mana memiliki dek helikopter dan dok telaga. Istilah setara yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja adalah "Pengangkut Komando" yang digunakan pada kapal pengangkut pesawat yang diubahsuai menjadi kapal yang mengendalikan operasi helikopter sahaja.